Wednesday, August 28, 2013

FORMAT RINGKAS BAHAS BAHASA MELAYU ALA PARLIMEN SM KPM

SALAM ALAIK..



PENGENALAN
Perbahasan sesuatu usul di Parlimen menjadi model kepada bentuk Perbahasan Ala Parlimen yang diperkenalkan oleh KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.
Diumumkan bahawa usul yang dibentang dan dibahaskan tadi, diterima
ATAU
    Diumumkan bahawa usul yang dibentang dan dibahaskan tadi, ditolak
OBJEKTIF
Satu format perbahasan yang menarik dan mencabar kepada para pelajar.
Melahirkan para pelajar yang bakal menjadi pemimpin yang berani dan berfikiran tajam serta mempunyai kemahiran hujah secara spontan.
Melahirkan murid-murid yang berkemahiran mengutarakan hujah-hujah yang bernas dan teratur.

FORMAT
Peruntukan masa dan giliran berbahas bagi kedua-dua pasukan adalah seperti berikut :
 
Pembahas pertama satu hujah.
Pembahas kedua - dua hujah.
Pembahas ketiga - membidas hujah pasukan lawan.
Tugas pembahas keempat dan kelima adalah untuk mencelah pembahas pihak lawan yang sedang berhujah.
Semasa satu pihak berhujah, ahli pasukan lawan boleh memohon ‘Izin Laluan’.
Pembahas ini boleh menerima atau menolak izin laluan daripada pihak lawan. 
Pembahas boleh menerima dua izin laluan 
 
TATACARA PERBAHASAN
-Peranan Penjaga Masa 
Penjaga masa hendaklah memastikan bahawa sepuluh minit diperuntukkan untuk pembahas berhujah dan empat minit untuk ucapan penggulungan. Masa akan diambil kira dari permulaan pembahas berhujah. 
Pada akhir minit kelapan loceng akan dibunyikan sekali menandakan masa untuk celahan dan izin laluan telah tamat. Loceng akan dibunyikan dua kali pada minit kesepuluh sebagai tanda bahawa masa untuk pembahas berhujah telah tamat.
kedua-dua pasukan diberi masa tiga minit sebagai masa persediaan sebelum pasukan-pasukan tersebut membuat penggulungan.
 
- Larangan
  Isu sensitif yang berkaitan dengan agama, perkauman dan menyentuh peribadi seseorang adalah dilarang.
  Penggunaan ayat-ayat Al-Quran dan hadis untuk mengukuhkan hujah adalah dilarang sama sekali.
 
Sekarang admin nak kongsikan kenangan-kenagan perbahasan yang pernah admin lalui bersama-sama rakan-rakan seperjuangan…chehhh. haha

 (masa ni kami tengah rehat, tertekan kot..semua ni muka poyooo..haha).

  (gambar ni diambil sehari sebelum pertandingan.. Muka jakun, lulz)

(paparazzi! haha, admin sebagai perdana menteri, wan menteri kedua, aimi menteri ketiga, kak aiman dan kak munyrah sebagai menteri ke-4 dan ke-5)
(selepas sesi perbahasan tamat kami dinobatkan sebagai naib juara peringkat daerah, aimi muka lepas menangis..hua3. sebelah admin tu bekas pembahas terbaik-perdana menteri dan sebelahnya bekas pencelah)

perbahasan ni mengajar admin ponteng kelas, tangguh homework, tidur lambat, mengadap komputer 24jam dan stay dekat sekolah dari pagi sampai malam..haha
kami pembahas dari SMK(P)SULTAN ABU BAKAR, MUAR dan pembahas yang berjaya menewaskan kami tu dtg dari SMKA MAAHAD, MUAR..
selepas pertandingan bahas, admin terlibat pula dgn pidato piala diraja dan dpt 4th place..aimi dan wan sertai drama hingga ke peringkat negeri!
pada tahun depan, x comfirm lagi sama ada pembahas ambil org baru atau kami still sertai sebab tahun depan nk SPM!! hoho~

semoga SABGS terus maju! jyeahhhh

#Terima kasih kepada viewers kerana sudi men-view entry admin kali ni @>


Tuesday, August 20, 2013

kupasan sedikit tentang r4bia

Ada yang bertanya, apa maksud gambar simbol 4 jari tu. Disini admin berikan sedikit pencerahan. Mana yang sudah pakai, kena tahu apa tujuan pakainya.

Raba'ah / Arbaah = Empat

Dimana "Raba'ah" atau "Dataran Rabiah Adawiyah" merupakan dataran bersejarah tempat bermulanya bantahan kepada kudeta tentera dan disitu jugalah berlaku pembantaian tentera terhadap rakyat secara besar-besaran. Sekarang simbol ini digunakan untuk membantah pembunuhan beramai-ramai di Dataran Rabiah.

Maksudnya juga :

1. Allah matlamat kami.
2. Rasul ikutan kami.
3. Al-Quran panduan kami.
4. Mati dijalan Allah cita-cita tertinggi kami!
Semoga Allah melindungi saudara kita yang dizalimi. Aamiin..
 



 #copypaste
 fb
Banyak Dosa-Dosaku pada-Mu Ya Allah

Wednesday, June 26, 2013

TAJUK-TAJUK KEMUNGKINAN UNTUK SPONTAN PIDATO PIALA KPM



 1. BAHASA JIWA BANGSA

 2. BUDI BAHASA AMALAN MULIA

 3. KELUARGA BAHAGIA

 4. SEKOLAHKU SYURGAKU

 5. HARGAI WARGA TUA

6. JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT

7. DADAH MEMBAWA PADAH

 8. KEBERSIHAN ALAM SEKITAR TANGGUNGJAWAB BERSAMA

9. REMAJA CEMERLANG NEGARA GEMILANG

10.TEKNOLOGI MAKLUMAT DALAM PEMBANGUNAN NEGARA

 11. KEPENTINGAN KEBERSIHAN DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN

 12. KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA

 13. FAEDAH MENABUNG

 14. KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG

 15. RAKYAT BERILMU NEGARA MAJU

16.   BERSAMA MERAYAKAN BULAN KEMERDEKAAN NEGARA

17.  MALAYSIA NEGARA TERBILANG

18.  PENGORBANAN RAKYAT TERHADAP NEGARA

19. SUKAN MEMARTABATKAN NEGARA

20. RAKYAT SETIA NEGARA SEJAHTERA

21. DIRI MENJAYAKAN WAWASAN

22.  MALAYSIA DI PUNCAK GEMILANG

23. PERPADUAN TERAS KESEJAHTERAAN NEGARA

24. NEGARA MAJU ACUAN MELAYSIA

25. ERTI KEMERDEKAAN KEPADA PELAJAR

26. IKTIBAR SEJARAH NEGARA KITA

27. PENDIDIKAN MAJU NEGARA MAKMUR

28. BERSYUKUR AMALAN YANG MULIA

29. SISTEM PENDIDIKAN DI NEGARA KITA MAMPU MELAHIRKAN MODAL
      INSAN BERKUALITI

30. NILAI-NILAI MURNI DALAM KARYA SASTERA MEMUPUK PERASAAN CINTA
      AKAN BUDAYA, BANGSA DAN NEGARA

31. INOVATIF PENCETUS KECEMERLANGAN PENDIDIKAN

Ini berdasarkan pencarian aku dari seluruh daerah..semoga ini dapat membantu korang untuk persediaan pidato spontan akan datang..
GOOD LUCK!